Tentang Kelas Rakyat

PROJEK IQRA’

Persatuan Kebajikan Projek Iqra’ SeMalaysia (PPM-006-14-25012013) adalah sebuah organisasi bukan kerajaan berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Ditubuhkan pada 25 Januari 2013, Projek Iqra’ memfokuskan untuk membantu golongan sasaran yang terdiri daripada kanak-kanak yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah, anak-anak yatim dan miskin. Kelompok yang menjadi perhatian utama Projek Iqra’ adalah komuniti yang terhimpit dengan kemelut miskin bandar.

Melalui program-program yang telah dijalankan, golongan sasaran akan dibantu mempersiapkan diri dari segi ilmu pengetahuan, latihan kemahiran dan juga tabung pendidikan untuk menyambung pengajian lebih tinggi.

Menyedari tahap pencapaian pendididikan kanak-kanak sangat berkait rapat dengan kadar pendapatan isi rumah, Projek Iqra’ mempunyai misi untuk membantu meningkatkan tahap pendidikan mereka supaya tidak tercicir daripada arus sistem pendidikan kebangsaan melalui Program KELAS RAKYAT.

Projek Iqra’ diasaskan oleh 3 orang sahabat yang sama-sama menuntut di Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 1998 hingga 2001 iaitu Muhammad Solleh, Suhaimi Abdul Manan dan Sharifah Sharina Syed Aswad yang telah bergiat aktif didalam pelbagai projek amal dan sukarela semenjak tahun 2010.

Founder Projek Iqra'

PROGRAM KELAS RAKYAT

SENARIO

Keluarga berpendapatan rendah yang tinggal samada di bandar atau luar bandar didapati secara langsung memberi kesan kepada pencapaian pendidikan anak-anak. Masalah ini lebih meruncing dikawasan urban lantaran kos sara hidup yang tinggi. Anak-anak yang tidak mempunyai pencapaian pendidikan yang membanggakan terus tertinggal dibelakang malahan ada yang tercicir daripada sistem persekolahan. Kekangan kewangan menyebabkan keluarga daripada golongan ini tidak mampu untuk mencari jalan keluar dengan menghantar anak-anak ini ke pusat tuisyen berbayar untuk memperbaiki kelemahan mereka.

Dengan masalah literasi dan pendidikan asas yang tidak diselesaikan awal menyebabkan peluang untuk melanjutkan pelajaran atau kemahiran menjadi terhad dan generasi baru golongan ini bakal terperangkap dalam lingkaran kemisikan ini. Ketiadaan kelulusan dan kemahiran menyebabkan peluang untuk mendapat pekerjaan dengan pendapatan sesuai semakin terhad dan mereka bakal mewarisi kemiskinan dalam kehidupan metropolitan yang semakin mencabar.

Menyedari pendidikan adalah salah satu jalan keluar daripada dilema miskin bandar ini, KELAS RAKYAT diperkenalkan untuk memulihkan pendidikan asas supaya masalah literasi dapat diatasi awal dan anak-anak ini dapat mengikuti silibus persekolahan supaya mereka tidak terus ketinggalan sehingga tercicir.

Kelas Rakyat

KELAS RAKYAT adalah sebuah program pendidikan mensasarkan untuk memperbaiki tahap pendidikan bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah membaca, menulis dan mengira yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah dan asnaf.

Untuk menepati tujuan ini, KELAS RAKYAT menyediakan penyelesaian berikut;

  • Modul khas Matematik, Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Modul ini telah direka khas untuk pelajar yang lemah asas subjek ini oleh Akademi iSina. Akademi ini telah berkerjasama dengan Projek Iqra’ selama 5 tahun membantu pelajar-pelajar memperbaiki tahap literasi mereka.
  • Menjalankan kelas yang berstruktur iaitu setiap minggu dengan memperuntukkan 4 jam waktu kelas seminggu dengan setiap satu kelas selama 2 jam. Kelas berlangsung selama 9 bulan dalam setahun. Reviu kelas dilakukan setiap 3 bulan
  • Kelas ini dibiayai oleh pihak korporat atau orang ramai yang mana menjadikan ianya percuma kepada keluarga kanak-kanak yang terlibat.
  • Sukarelawan dijemput untuk hadir sebagai personal coach dalam setiap kelas yang dijalankan bagi membantu pendidikan anak-anak ini. Sukarelawan yang terdiri daripada mahasiswa, kakitangan professional, penjawat awam dan lain-lain juga memberikan anak-anak ini figura yang mungkin dapat menyuntik inspirasi untuk membangunkan diri mereka.

Objektif Kelas Rakyat:

  1. Memberi peluang kepada pelajar-pelajar kurang berkemampuan menghadiri kelas tuisyen percuma.
  2. Pelajar diberi peluang untuk baiki subjek yang lemah menggunakan modul i-Sina.
  3. Pelajar progress mengikut keupayaan diri sendiri. Secara individu. Tidak perlu ikut pelajar lain atau tunggu pelajar sekelas.
  4. Memberi peluang kepada orang ramai menjadi penaja program Kelas Rakyat
  5. Memberi peluang kepada orang ramai menjadi sukarelawan Kelas Rakyat

 

SEJARAH PROGRAM KELAS RAKYAT

 

CIRI-CIRI PROGRAM KELAS RAKYAT

  • Dijalankan secara percuma untuk pelajar-pelajar kurang berkemampuan
  • Pelajar yang dipilih dikalangan pelajar lemah pelajaran atau tercicir pelajaran
  • Ditawarkan kepada pelajar yang tidak mengikuti program tuisyen yang lain
  • Pelajar mestilah sudah boleh membaca dan menulis (Jika belum, JomBaca)
  • Jika ada pelajar yang belum boleh membaca dan menulis, sukarelawan boleh wujudkan kelas khas tetapi sukarelawan perlu hadiri kursus terlebih dahulu
  • Ditawarkan kepada pelajar berusia 10 tahun dan keatas
  • Jadual kelas bergantung kepada pengurusan projek. Boleh dijalankan seminggu sekali, 2 kali seminggu atau 3 kali seminggu.

SENARAI LOKASI KELAS RAKYAT 2016:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *