Kelas Rakyat PPR Seri Cempaka

Kelas Rakyat PPR Seri Cempaka
Kelas Rakyat PPR Seri Cempaka

Kelas Rakyat PPR Seri Cempaka telah dimulakan sejak Januari 2015. Seramai 40 orang pelajar menghadiri program ini pada tahun 2015.

Pada tahun 2016, bilangan pelajar telah ditambah kepada 50 orang dimana 30 orang pelajar sekolah rendah akan hadiri kelas sekolah rendah pada hari Isnin dan Selasa manakala 20 orang pelajar sekolah menengah akan hadiri kelas sekolah menengah pada hari Rabu dan Khamis. Waktu kelas adalah sama iaitu 8.00PM hingga 10.00PM.

Pelajar terdiri daripada anak-anak penduduk PPR Seri Cempaka yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan iaitu:

  • Lemah dalam pelajaran
  • Boleh membaca dan menulis
  • Berlatarbelakang keluarga kurang berkemampuan
  • Tidak mengikuti tuisyen berbayar
  • Melepasi saringan dan temuduga yang telah dijalankan

Kelas Rakyat di PPR Seri Cempaka diadakan di Dewan MINT yang terletak di tingkat bawah Blok F. Ianya bersebelahan futsal court.

Untuk sertai sebagai sukarelawan, sila hubungi melalui WhatsApp/SMS:

  • Koordinator Sekolah Rendah: Syafiqah (017-211 7328)
  • Pengurus Kelas Rakyat: Sharifah Sharina (017-2748904)

Jadual Kelas Rakyat di PPR Seri Cempaka:

 

MAKLUMAT MENGENAI KELAS RAKYAT DI PPR SERI CEMPAKA:

  1. Kalendar Kelas Rakyat Sekolah Rendah di PPR Seri Cempaka untuk semester 5 tahun 2016:

Jadual Kelas Rakyat PPR Seri Cempaka Sem 5 2016

2. Kalendar Kelas Rakyat Sekolah Menengah di PPR Seri Cempaka untuk semester 5 tahun 2016:

Jadual Kelas Rakyat PPR Seri Cempaka Sek Menengah Sem 6 2016

3. Peta lokasi. Guna Waze atau Google Maps dan cari dengan menggunakan keyword Kelas Rakyat Projek Iqra PPR Seri Cempaka:

Peta-PPR-Seri-Cempaka

  • 1.Kelas Rakyat PPR Seri Cempaka
  • Adakah sukarelawan akan dibayar?
    kelasrakyat28-01-2016

    Tidak. Sukarelawan tidak akan menerima bayaran kerana ini aktiviti sukarela. Namun sekali sekala sukarelawan akan diajak minum dan menyertai jamuan yang diadakan di lokasi Kelas Rakyat

  • Adakah PPR Seri Cempaka boleh diakses menggunakan kenderaan awam?
    Projek Iqra'31-01-2016

    Tidak boleh. Stesen LRT agak jauh dan oleh kerana kelas dijalankan waktu malam, kita benarkan sukarelawan yang ada kenderaan sahaja. Sukarelawan digalakkan berkongsi kenderaan.

  • Bagaimana keadaan parking di PPR Seri Cempaka?
    Projek Iqra'31-01-2016

    Sila parking kereta di tepi jalan utama di hadapan Blok F. Biasanya mudah mencari parking sebelum jam 8 malam. Parking percuma. Jangan parking di petak parking penduduk didalam kawasan PPR.

  • Apakah kemudahan yang ada di dewan PPR Seri Cempaka?
    Projek Iqra'31-01-2016

    Di Dewan MINT di Blok F dimana kelas dijalankan ada menyediakan tandas dan ruang untuk solat bagi perempuan. Untuk lelaki pula diminta solat di Surau Petronas di Kerinchi sebelum datang ke PPR Seri Cempaka atau di surau blok PPR Seri Cempaka.

Untuk soalan bersifat umum mengenai Kelas Rakyat, sila ke F.A.Q.