Kelas Rakyat PA Seri Kota

KR-PA-Seri-Kota

Kelas Rakyat di Perumahan Awam Seri Kota (PA Seri Kota) bermula pada Februari 2016. Idea ini dicetuskan oleh sekumpulan sukarelawan yang tinggal di kawasan Bandar Tun Razak yang mahu membantu kanak-kanak dan remaja di kawasan tersebut. Projek ini juga mendapat sokongan daripada persatuan penduduk.

Seramai 40 orang pelajar dipilih untuk menghadiri kelas ini secara percuma dengan syarat memenuhi kriteria berikut:

  • Lemah dalam pelajaran
  • Boleh membaca dan menulis
  • Berlatarbelakangkan keluarga kurang berkemampuan
  • Tidak menghadiri kelas tuisyen berbayar
  • Melepasi saringan dan temuduga ibu bapa

Jadual Kelas Rakyat:

Kelas Rakyat di PA Seri Kota dijalankan di dewan Blok 96 pada hari Selasa dan Rabu jam 8.30PM-10.30PM. Berikut adalah jadual semester 2 di Kelas Rakyat PA Seri Kota:

JADUAL SEMESTER SEPTEMBER – NOVEMBER AKAN DIMUATNAIK TAK LAMA LAGI. HUBUNGI KOORDINATOR UNTUK INFORMASI TERKINI

 

 

 

Jika anda berminat untuk menyertai sebagai sukarelawan, sila hubungi koordinator Lin di 016-674 0238  / Amir 012-233 5288 (WhatsApp/SMS)

Peta lokasi:

Bagaimana untuk ke PA Seri Kota:

  1. Memandu. Guna Waze atau Google Map cari Flat Sri Kota. Parking kereta di sekitar Persiaran Ikhlas. Anda boleh masuk ke laluan depan blok 96 (arrow merah) tetapi parking dengan berhemah. Jika terpaksa double park, turunkan handbrake. Free gear dan letak no telefon di dashboard.
  2. Menaiki LRT. Turun di stesen Bandar Tun Razak. Jalan kaki merentasi blok ke blok 96. Jika tak tahu dimana, tanya orang ramai di sekitarnya.

Anda digalakkan hadir awal. Solat maghrib di surau berdekatan LRT. Makan sebelum kelas bermula. Ada Pusat Komuniti Komersil di sebelah PA Seri Kota (bangunan baru bertingkat berwarna-warni). Disitu ada banyak gerai.

Klik untuk lihat saiz besar