Kelas Rakyat Parit Buntar

Kelas Rakyat Parit Buntar

Kelas Rakyat di Parit Buntar dicetuskan oleh Pn Hana Daisy Yvoonie Jonathan di tahun 2015  yang telah memulakan kelas untuk anak-anak komunitinya yang kurang berkemampuan di ruang tamu rumahnya sendiri. Projek Iqra’ telah bergabung dengan usaha beliau untuk menaiktaraf program menjadi Kelas Rakyat dimana sebuah rumah telah disewa untuk dijadikan lokasi Kelas Rakyat dan lebih ramai sukarelawan dijemput untuk membantu.

Orang ramai yang berminat untuk menjadi sukarelawan pendidikan di Kelas Rakyat Parit Buntar yang diadakan pada setiap hari Isnin dan Selasa dari jam 8.00 malam hingga 10.00 malam di Taman Aman Sejahtera Parit Buntar Perak boleh menghubungi koordinator untuk mendapatkan info lanjut atau untuk menyertai WhatsApp group sukarelawan Kelas Rakyat Gombak.

Tonton video-video di YouTube Projek Iqra’ ini untuk ketahui bagaimana anda boleh bantu di Kelas Rakyat: https://www.youtube.com/playlist?list=PLoWG2H0yHNI2b65Z19u0O5DlTkbNjFVmM

Tugas sukarelawan ialah membimbing pelajar-pelajar yang mengikuti program ini secara percuma bagi subjek BM, Matematik dan English. Modul disediakan. Bimbingan dalam bentuk one-to-one dengan pelajar.

Sukarelawan hanya perlu datang dengan membawa pen merah dan kalkulator sahaja. Digalakkan tiba awal ke masjid untuk solat jemaah Maghrib sebelum kelas bermula.

Jika berminat, hubungi koordinator berikut:

Hafiz : 013 425 3907
Khairul Zaman : 013 898 4615
Dr Hana : 019 443 3112

 

Kelas Rakyat di Parit Buntar dijalankan pada hari Isnin dan Selasa jam 8PM hingga 10PM. Seramai 20 orang pelajar berusia 10 tahun keatas yang telah dipilih untuk menghadiri kelas ini secara percuma berdasarkan kriteria berikut:

  • Boleh membaca dan menulis
  • Lemah dalam pelajaran
  • Tidak menghadiri kelas tuisyen berbayar yang lain
  • Berlatarbelakang keluarga kurang berkemampuan

 

 

No.13, Jalan Aman Sejahtera 1,
Taman Aman Sejahtera
34200 Parit Buntar
Perak.