Kelas Rakyat di Nilai telah dimulakan sejak tahun 2015. Pada permulaan kelas ini diadakan di rumah anak yatim di Taman Semarak dan kemudian berpindah ke Masjid Al-Azim. Pada ketika itu kelas diadakan hanya pada hari Ahad. Majoriti sukarelawan terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi USIM. Kelas disini digerakkan oleh kumpulan yang dinamakan Laskar Pelangi Semarak
Pada tahun 2016, Kelas Rakyat ini telah diambil alih sepenuhnya oleh Projek Iqra’ dan dinamakan sebagai Kelas Rakyat Nilai. Pada Jun 2016, satu unit rumah kedai telah disewa dan diubahsuai untuk dijadikan Kelas Rakyat. Pada bulan Ogos 2016, kerja ubahsuai telah siap sepenuhnya dan kelas telah mula digunakan secara rasmi pada 1 Ogos 2016
Pelajar terdiri daripada anak-anak penduduk sekitar Taman Semarak dan kawasan berdekatan yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan iaitu:
- Lemah dalam pelajaran
- Boleh membaca dan menulis
- Berlatarbelakang keluarga kurang berkemampuan
- Tidak mengikuti tuisyen berbayar
- Melepasi saringan dan temuduga yang telah dijalankan
Untuk sertai sebagai sukarelawan, sila hubungi melalui WhatsApp/SMS:
Koordinator Nurul Afiqah: 019-206 2294 / Wafiy: 011-2324 4026
Jadual Kelas Rakyat di Nilai:
8.30PM | 9.30PM | |
SELASA | BM Penulisan | Matematik |
RABU | English | Matematik |
Kalendar Kelas Rakyat di Nilai:
Alamat Kelas Rakyat Nilai:
14-G-8
Flat Taman Semarak 2
Nilai, Negeri Sembilan
Peta Lokasi:
