Kelas Rakyat Gombak

Kelas Rakyat Gombak bermula pada awalnya di Akademi iSina. Pada tahun 2018, lokasi Kelas Rakyat telah diubah ke Bilik Kuliah Imam As-Syafie yang terletak di tingkat atas Masjid Al-Syakirin Gombak, Taman Gombak Jaya Kuala Lumpur.

Sesi Semester Pertama 2018 telah dimulakan pada 5 Februari 2018. Kelas pada sesi Semester 1 ini akan berlangsung sehingga bulan April 2018 dengan jumlah kelas yang diperuntukan adalah sebanyak 23 kelas dengan 2 kelas setiap minggu. Kelas berlangsung pada hari Isnin dan Selasa bermula pada jam 8.00 malam dan berakhir pada 10.00 malam.

Untuk sesi ini seramai 34 orang pelajar telah dipilih melalui proses saringan yang telah dijalankan. Pelajar ini dipilih daripada komuniti sekitar gombak yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah dan mempunyai masalah dalam asas pembelajaran Matematik, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

Orang ramai yang berminat untuk menjadi sukarelawan pendidikan di Kelas Rakyat Gombak boleh menghubungi koordinator untuk mendapatkan info lanjut atau untuk menyertai WhatsApp group sukarelawan Kelas Rakyat Gombak.

Tonton video-video di YouTube Projek Iqra’ ini untuk ketahui bagaimana anda boleh bantu di Kelas Rakyat: https://www.youtube.com/playlist?list=PLoWG2H0yHNI2b65Z19u0O5DlTkbNjFVmM

Tugas sukarelawan ialah membimbing pelajar-pelajar yang mengikuti program ini secara percuma bagi subjek BM, Matematik dan English. Modul disediakan. Bimbingan dalam bentuk one-to-one dengan pelajar.

Sukarelawan hanya perlu datang dengan membawa pen merah dan kalkulator sahaja. Digalakkan tiba awal ke masjid untuk solat jemaah Maghrib sebelum kelas bermula.

Jika berminat, hubungi koordinator berikut:

Syaza: 019-299 1477
Fuad: 013-273 5899