Kelas Rakyat PPR Seri Cempaka

Kelas Rakyat PPR Seri Cempaka telah dimulakan sejak Januari 2015 dengan pelajar seramai 40 orang.

Pada tahun 2016, bilangan pelajar telah ditambah kepada 50 orang dimana 30 orang pelajar sekolah rendah akan hadiri kelas sekolah rendah pada hari Isnin dan Selasa manakala 20 orang pelajar sekolah menengah akan hadiri kelas sekolah menengah pada hari Rabu dan Khamis.

Pada tahun 2018, seramai 46 pelajar telah dipilih untuk Semester 1 dengan 16 orang pelajar mengikuti Kelas Baca, 23 orang pelajar sekolah rendah mengikuti Kelas Rakyat pada hari Isnin dan Selasa manakala selebihnya 15 orang pelajar sekolah menengah mengikuti Kelas Rakyat yang di adakan pada hari Rabu dan Khamis.

Pelajar terdiri daripada anak-anak penduduk PPR Seri Cempaka yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan iaitu:

  • Lemah dalam pelajaran
  • Boleh membaca dan menulis
  • Berlatarbelakang keluarga kurang berkemampuan
  • Tidak mengikuti tuisyen berbayar
  • Melepasi saringan dan temuduga yang telah dijalankan

Kelas Rakyat di PPR Seri Cempaka diadakan di Dewan MINT yang terletak di tingkat bawah Blok F. Ianya bersebelahan futsal court.

Orang ramai yang berminat untuk menjadi sukarelawan pendidikan di Kelas Rakyat PPR Seri Cempaka dipelawa dtang pada setiap hari Isnin dan Selasa (Pelajar Sekolah Rendah) atau Rabu dan Khamis (Pelajar Sekolah Menengah) dari jam 8.30 malam hingga 10.00 malam di Dewan Mint Blok F PPR Seri Cempaka Jalan Lembah Pantai Kuala Lumpur.

Hubungi koordinator untuk mendapatkan info lanjut atau untuk menyertai WhatsApp group sukarelawan Kelas Rakyat PPR Seri Cempaka.

Tonton video-video di YouTube Projek Iqra’ ini untuk ketahui bagaimana anda boleh bantu di Kelas Rakyat: https://www.youtube.com/playlist?list=PLoWG2H0yHNI2b65Z19u0O5DlTkbNjFVmM

Tugas sukarelawan ialah membimbing pelajar-pelajar yang mengikuti program ini secara percuma bagi subjek BM, Matematik dan English. Modul disediakan. Bimbingan dalam bentuk one-to-one dengan pelajar.

Sukarelawan hanya perlu datang dengan membawa pen merah dan kalkulator sahaja.

Jika berminat, hubungi koordinator berikut:

Suhaimi 016 2065 897
Solleh 017 6702 033
Sarah 019 2565 671
Sharifah 017 2748 904