Kelas Rakyat Nilai

Kelas Rakyat Nilai sudah diadakan sejak 25 Januari 2015. Pada awal penubuhannya ia digerakkan oleh mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan nama Kelas Laskar Pelangi Semarak. Program ini mula menerapkan kaedah Kelas Rakyat iaitu penggunaan modul iSina dan diadakan percuma secara berterusan untuk penduduk berpendapatan rendah di komuniti Taman Semarak Nilai.

Sebelum berpindah ke premis yang lebih selesa, Kelas Rakyat Nilai ini diadakan di dalam Masjid Al-Azim Taman Semarak. Atas sokongan orang ramai yang telah menyalurkan sumbangan tajaan untuk kelas ini, Projek Iqra’ telah dapat menyewa sebuah premis  dengan menyediakan kelengkapan yang kondusif untuk perjalanan kelas. Premis baru ini boleh menempatkan maksimum sehingga 25 orang pelajar dalam satu masa.

Untuk Sesi Semester 1 2018, seramai 16 orang pelajar telah dipilih untuk mengikuti program ini. Proses saringan telah dijalankan pada 5 Februari dan sebanyak 23 kelas telah diperuntukkan untuk program ini yang akan berakhir pada 30 April 2018.

Orang ramai yang berminat untuk menjadi sukarelawan pendidikan di Kelas Rakyat Flat Taman Semarak yang diadakan pada setiap hari Isnin dan Selasa dari jam 8.00 malam hingga 10.00 malam di 14-G-8 boleh menghubungi koordinator untuk mendapatkan info lanjut atau untuk menyertai WhatsApp group sukarelawan Kelas Rakyat Nilai.

Tonton video-video di YouTube Projek Iqra’ ini untuk ketahui bagaimana anda boleh bantu di Kelas Rakyat: https://www.youtube.com/playlist?list=PLoWG2H0yHNI2b65Z19u0O5DlTkbNjFVmM

Tugas sukarelawan ialah membimbing pelajar-pelajar yang mengikuti program ini secara percuma bagi subjek BM, Matematik dan English. Modul disediakan. Bimbingan dalam bentuk one-to-one dengan pelajar.

Sukarelawan hanya perlu datang dengan membawa pen merah dan kalkulator sahaja. Digalakkan tiba awal. Boleh solat Maghrib di surau Taman Semarak atau di kelas.

Jika berminat, hubungi koordinator berikut:

Afiqah: 019-206 2294
Faradhiya: 017-297 3360