Kelas Rakyat Parit Buntar (01 Mac 2016)

Kelas Rakyat Parit Buntar berjalan seperti biasa bermula jam 8 malam. Seramai 20 orang pelajar yang hadir ke kelas pada malam ini.

index

Seperti biasa pelajar menyiapkan modul I-sina sambil diperhatikan oleh sukarelawan. Pelajar Kelas Rakyat menggunakan dua jam yang ada untuk belajar sungguh-sungguh,buat latihan dalam modul dan bertanya kepada sukarelawan apa yang mereka tidak tahu.

Pada jam 9 malam pelajar dan sukarelawan bersama-sama menunaikan solat fardhu isyak berjemaah. Sukarelawan ingin melatih pelajar berkaitan keutamaan solat berjemaah dan manfaat yang besar dalam solat fardhu berjemaah.

Seramai 10 orang sukarelawan yang hadir membantu Kelas Rakyat Parit Buntar. Majoriti daripada mereka merupakan penuntut pengajian di USM. Terima kasih sukarelawan!

Kelas ini diadakan pada setiap hari isnin dan selasa bermula jam 8 malam hingga 10 malam. Untuk menyertai sebagai sukarelawan di Kelas Rakyat Parit Buntar, sila klik sini

Untuk menaja Kelas Rakyat ini, sila ke TAJA KELAS RAKYAT.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *