Kelas Rakyat P.A Seri Kota,Bandar Tun Razak (21 Mac 2016)

Bandar Tun Razak – Kelas Rakyat Perumahan Awam Seri Kota ,Bandar Tun Razak berjalan seperti biasa bermula jam 8 malam dimulai dengan bacaan doa belajar beramai-ramai.

index

Pada hari ini kehadiran pelajar yang hadir 20/20. Seperti biasa pelajar dikehendaki membuat modul I-sina iaitu Bahasa Melayu,Matematik dan Bahasa Inggeris.

Sukarelawan selain membantu pelajar membuat latihan modul I-sina, mereka juga menasihati para pelajar supaya fokus dalam pembelajaran disekolah dan menjadi pelajar yang berjaya. Nasihat seperti itu sedikit sebanyak menyuntik semangat pelajar untuk lebih berjaya.

Seramai 14 orang sukarelawan yang hadir pada malam ini. Semoga Allah memberikan kita hati yang gemar menolong orang lain, sehingga harta kita membawa berkah buat hidup kita di dunia dan akhirat.

Gambar Sukarelawan :

BTR-2

Kelas ini diadakan pada setiap hari Isnin dan Selasa jam 8.00 malam hingga 10.00 malam. Untuk menyertai sebagai sukarelawan di Kelas Rakyat P.A Seri Kota,Bandar Tun Razak , sila klik SINI.

Untuk menaja Kelas Rakyat ini, sila ke TAJA KELAS RAKYAT.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *