Kelas Rakyat P.A Seri Kota,Bandar Tun Razak ( 14 mac 2016)

Bandar Tun Razak – Kelas Rakyat Perumahan Awam Seri Kota ,Bandar Tun Razak berjalan seperti biasa bermula jam 8 malam dimulai dengan bacaan doa belajar beramai-ramai.

index

Pada hari ini kehadiran pelajar yang hadir 20/20. Seperti biasa pelajar dikehendaki membuat modul I-sina iaitu Bahasa Melayu,Matematik dan Bahasa Inggeris. Pelajar telah menunjukkan peningkatan dalam membuat modul I-sina.

Pada malam ini, Kelas Rakyat Bandar Tun Razak menjadi lokasi pilihan untuk rakaman video dari Pungguk produksi berkaitan Kelas Rakyat yang bakal disiarkan pada bulan Ramadhan di Astro Oasis. Salah seorang koordinator Kelas Rakyat di temuramah oleh wartawan berkaitan perjalanan Kelas Rakyat disini.

Selepas selesai rakaman, para pelajar dan sukarelawan dihidangkan jamuan. Jamuan Kelas Rakyat diadakan sekali dalam sebulan. Seronok melihat pelajar dan sukarelawan makan bersama.

Seramai 20 orang sukarelawan yang hadir ke Kelas Rakyat malam ini. Terima kasih sukarelawan!

Gambar Sukarelawan dan Pelajar :

BTR-2

BTR-3

BTR-4

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *