Kelas Rakyat PPR Seri Cempaka (23 Mac 2016)

Pantai Dalam- Kelas Rakyat PPR Seri Cempaka sesi sekolah menengah berjalan seperti biasa bermula jam 8 malam dimulai dengan bacaan doa belajar.

DSC00175

Pada malam ini seperti biasa para pelajar menyiapkan modul I-sina mereka iaitu Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris. Pelajar Kelas Rakyat semakin hari menunjukkan peningkatan dalam membuat modul I-sina.

Seramai enam orang sukarelawan yang hadir membantu Kelas Rakyat. Amalan bantu membantu sesama kita sungguh mulia di sisi Allah SWT. Kebaikan yang akan diperolehi bukan sahaja kebaikan di dunia malahan kebaikan itu akan diperolehi semasa berada di hari akhirat. Ketika di hari akhirat hanya amal-amal soleh yang dilakukan semasa di dunia sahaja akan dapat membantu.

Terima kasih sukarelawan!

Gambar Sukarelawan :

12033141_1137988842886832_4025647276428719178_n

Kelas ini diadakan pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 8.00 malamĀ  hingga 10.00 malam. Untuk menyertai sebagai sukarelawan di Kelas Rakyat PPR Seri Cempaka, sila klik SINI.

Untuk menaja Kelas Rakyat ini, sila ke TAJA KELAS RAKYAT.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *