Kelas Rakyat PPR Seri Cempaka (17 Mac 2016)

Pantai Dalam- Kelas Rakyat PPR Seri Cempaka sesi sekolah menengah berjalan seperti biasa bermula jam 8 malam dimulai dengan bacaan doa belajar.

PPR-1

Pada malam ini seperti biasa para pelajar menyiapkan modul I-sina mereka iaitu Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris. Malam ini pelajar menengah menunjukkan satu semangat yang bagus yang mana mereka membuat latihan modul dengan laju dan kemas berbanding minggu-minggu sebelumnya. Mungkin mereka telah mendapat suntikan semangat dari sukarelawan yang hadir.

Seramai 11 orang sukarelawan yang hadir Kelas Rakyat malam ini. Semoga Allah memberikan kita hati yang gemar menolong orang lain, sehingga harta kita membawa berkah buat hidup kita di dunia dan akhirat. Terima kasih sukarelawan!

Gambar Sukarelawan :

PPR-2

Kelas ini diadakan pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 8.00 malamĀ  hingga 10.00 malam. Untuk menyertai sebagai sukarelawan di Kelas Rakyat PPR Seri Cempaka, sila klik SINI.

Untuk menaja Kelas Rakyat ini, sila ke TAJA KELAS RAKYAT.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *