Kelas Rakyat PPR Seri Cempaka (16 Mac 2016)

Pantai Dalam- Kelas Rakyat PPR Seri Cempaka sesi sekolah menengah berjalan seperti biasa bermula jam 8 malam dimulai dengan bacaan doa belajar.

PPR-2

Pada malam ini seperti biasa para pelajar menyiapkan modul I-sina mereka iaitu Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris. Pelajar Kelas Rakyat semakin hari menunjukkan peningkatan dalam membuat modul I-sina.

Malam ini Kelas Rakyat menerima kehadiran sukarelawan baru. Kebiasaannya sukarelawan baru akan diberi penerangan terlebih dahulu berkaitan Kelas Rakyat oleh koordinator kelas tersebut.

Seramai 12 orang sukarelawan yang hadir pada malam ini. Terima kasih kerana sudi luangkan masa bersukarelawan disini.

Gambar Sukarelawan :

PPR-1

Kelas ini diadakan pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 8.00 malamĀ  hingga 10.00 malam. Untuk menyertai sebagai sukarelawan di Kelas Rakyat PPR Seri Cempaka, sila klik SINI.

Untuk menaja Kelas Rakyat ini, sila ke TAJA KELAS RAKYAT.

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *