Kelas Rakyat PPR Seri Cempaka (14 Mac 2016)

Pantai Dalam- Kelas Rakyat PPR Seri Cempaka sesi sekolah rendah berjalan seperti biasa bermula jam 8 malam dimulai dengan bacaan doa belajar.

KR PPR 140316-2

Pada malam ini seperti biasa para pelajar menyiapkan modul I-sina mereka iaitu Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris. Pelajar Kelas Rakyat semakin hari menunjukkan peningkatan dalam membuat modul I-sina. Seramai 15 orang pelajar jom baca pula dilatih cara menyebut huruf abjad dengan betul menggunakan kaedah I-sina yang dipantau oleh sukarelawan Sarah, Mad dan Sharifah.

Pada malam ini istimewa sikit kerana seramai lapan orang pelajar Kelas Rakyat menerima reward hadiah baju Kelas Rakyat. Pelajar yang menerima hadiah dipilih berdasarkan rekod pencapaian pelajar dalam kelas serta tingkah laku mereka. Ini memberi suntikan kepada pelajar lain untuk lebih berusaha dan menjaga tingkah laku dalam kelas.

Seramai sembilan orang sukarelawan yang hadir membantu Kelas Rakyat malam ini. Terima kasih sukarelawan!

KR PPR 140316-3

KR PPR 140316-4

Kelas ini diadakan pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 8.00 malam  hingga 10.00 malam. Untuk menyertai sebagai sukarelawan di Kelas Rakyat PPR Seri Cempaka, sila klik SINI.

Untuk menaja Kelas Rakyat ini, sila ke TAJA KELAS RAKYAT.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *