Kelas Rakyat PPR Seri Cempaka (10 Mac 2016)

Pantai Dalam- Kelas Rakyat PPR Seri Cempaka sesi sekolah menengah berjalan seperti biasa bermula jam 8 malam dimulai dengan bacaan doa belajar.

DSC00243Pada malam ini seperti biasa para pelajar menyiapkan modul I-sina mereka iaitu Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris. Pelajar Kelas Rakyat semakin hari menunjukkan peningkatan dalam membuat modul I-sina.

Dengan bantuan sukarelawan yang hadir, pelajar lebih yakin dalam membuat modul tersebut. Jika di sekolah mereka ada guru yang hendak dirujuk, di Kelas Rakyat sukarelawan adalah guru untuk rujukan pelajar.

Seramai lima sukarelawan yang hadir pada Kelas Rakyat malam ini. Mereka merupakan antara sukarelawan tegar Kelas Rakyat PPR Cempaka.Terima kasih atas keperihatinan anda terhadap pelajar.

Gambar Sukarelawan :

index

Kelas ini diadakan pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 8.00 malamĀ  hingga 10.00 malam. Untuk menyertai sebagai sukarelawan di Kelas Rakyat PPR Seri Cempaka, sila klik SINI.

Untuk menaja Kelas Rakyat ini, sila ke TAJA KELAS RAKYAT.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *