Kelas Rakyat PPR Seri Cempaka (09 Mac 2016)

Pantai Dalam- Kelas Rakyat PPR Seri Cempaka sesi sekolah menengah berjalan seperti biasa bermula jam 8 malam dimulai dengan bacaan doa belajar.

index

Semua pelajar diminta berkumpul terlebih dahulu untuk mendengar kata-kata dari koordinator Zulazlan sebelum memulakan kelas. Pada malam ini seperti biasa para pelajar menyiapkan modul I-sina mereka iaitu Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris. Pelajar Kelas Rakyat semakin hari menunjukkan peningkatan dalam membuat modul I-sina.

Seramai lapan orang sukarelawan yang hadir pada malam ini. Melalui aktiviti kesukarelawan ini kita dapat berkenalan dengan sahabat-sahabat baru yang dari pekerjaan, pengajian dan asal yang berbeza. Terima kasih sukarelawan yang hadir!

Gambar Sukarelawan :

090316-1

Kelas ini diadakan pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 8.00 malamĀ  hingga 10.00 malam. Untuk menyertai sebagai sukarelawan di Kelas Rakyat PPR Seri Cempaka, sila klik SINI.

Untuk menaja Kelas Rakyat ini, sila ke TAJA KELAS RAKYAT.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *