Kelas Rakyat Nilai (10 April 2016)

Nilai-Pada minggu ini Kelas Rakyat Nilai berjalan seperti biasa bermula jam 9 pagi. Kelas bermula dengan solat sunat dhuha beramai-ramai.

100416-2

Selepas solat pelajar dibahagikan kepada sukarelawan yang hadir untuk membuat modul I-sina. Kehadiran pelajar dan sukarelawan agak berkurang sedikit dari minggu sebelumnya. Kehadiran pelajar adalah seramai 16 orang manakala sukarelawan hanya empat orang sahaja yang hadir.

Walaupun sukarelawan tidak ramai,Kelas Rakyat disini tetap berjalan dengan jayanya. Terima kasih sukarelawan yang hadir membantu pelajar membuat latihan modul I-sina.

Semoga Allah memberikan kita hati yang gemar menolong orang lain, sehingga harta kita membawa berkat buat hidup kita di dunia dan akhirat.

Kelas ini diadakan pada setiap hari ahad bermula jam 9.00pagi hingga 12.00 tengahari . Untuk menyertai sebagai sukarelawan di Kelas Rakyat Nilai, sila klikĀ siniĀ .

Untuk menaja Kelas Rakyat ini, sila ke TAJA KELAS RAKYAT.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *