Kelas Rakyat PPR Seri Cempaka (19 April 2016)

Pantai Dalam- Kelas Rakyat PPR Seri Cempaka sesi sekolah rendah berjalan seperti biasa bermula jam 8 malam dimulai dengan bacaan doa belajar.

DSC00408

Pada malam ini seperti biasa para pelajar menyiapkan modul I-sina mereka iaitu Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris. Pelajar Kelas Rakyat semakin hari menunjukkan peningkatan dalam membuat modul I-sina. Seramai 15 orang pelajar jom baca pula dilatih cara menyebut huruf abjad dengan betul menggunakan kaedah I-sina yang dipantau oleh sukarelawan Sarah, Mad dan Sharifah.

Malam ini tidak seperti hari-hari lain, pelajar yang rajin membuat modul, kerap bertanya sukarelawan soalan yang sukar dan suasana kelas terkawal. Pelajar Kelas Rakyat semakin menunjukkan minat dalam belajar dan tidak malas dalam membuat modul mereka.

Seramai 11 orang sukarelawan yang hadir Kelas Rakyat malam ini. Terima kasih kerana membantu pelajar Kelas Rakyat.

Gambar Sukarelawan :

index

Kelas ini diadakan pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 8.00 malamĀ  hingga 10.00 malam. Untuk menyertai sebagai sukarelawan di Kelas Rakyat PPR Seri Cempaka, sila klik SINI.

Untuk menaja Kelas Rakyat ini, sila ke TAJA KELAS RAKYAT.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *