Kelas Rakyat Parit Buntar (05 April 2016)

Kelas Rakyat Parit Buntar berjalan seperti biasa bermula jam 8 malam. Seramai 20 orang pelajar yang hadir ke kelas pada malam ini.

index

Seperti biasa pelajar menyiapkan modul I-sina sambil diperhatikan oleh sukarelawan. Ada pelajar yang beralih kepada modul baru dalam subjek Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris dan Matematik.

Pada jam 9 malam pelajar dan sukarelawan bersama-sama menunaikan solat fardhu isyak berjemaah. Kali ini pelajar yang mengajak sukarelawan untuk solat isyak berjamaah terlebih dahulu. Kagum sukarelawan dengan pelajar yang semakin pintar dan baik.

Seramai 12 orang sukarelawan yang hadir pada malam ini. Mereka yang datang bersukarelawan suka mengajar adik-adik seperti satu kepuasan bagi mereka menyampaikan ilmu kepada pelajar. Terima kasih sukarelawan.

Kelas ini diadakan pada setiap hari isnin dan selasa bermula jam 8 malam hingga 10 malam. Untuk menyertai sebagai sukarelawan di Kelas Rakyat Parit Buntar, sila klik sini

Untuk menaja Kelas Rakyat ini, sila ke TAJA KELAS RAKYAT.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *