Kelas Rakyat Parit Buntar (04 April 2016)

Kelas Rakyat Parit Buntar berjalan seperti biasa bermula jam 8 malam. Seramai 20 orang pelajar yang hadir ke kelas pada malam ini.

KR PB-1

Seperti biasa pelajar menyiapkan modul I-sina sambil diperhatikan oleh sukarelawan. Ada pelajar yang beralih kepada modul baru dalam subjek Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris dan Matematik.

Pada jam 9 malam pelajar dan sukarelawan bersama-sama menunaikan solat fardhu isyak berjemaah. Amalan solat berjemaah perlu diterapkan kepada pelajar agar diluar sana nanti mereka dah terbiasa untuk solat berjemaah.

Seramai 13 orang sukarelawan yang hadir membantu mengajar pelajar Kelas Rakyat. Sesungguhnya menolong insan yang lain adalah perkara yang ditekan dalam Islam.

Rasulullah bersabda: “Allah akan menolong hamba selama hamba menolong saudaranya.” (HR. Muslim)

Terima kasih sukarelawan!

Kelas ini diadakan pada setiap hari isnin dan selasa bermula jam 8 malam hingga 10 malam. Untuk menyertai sebagai sukarelawan di Kelas Rakyat Parit Buntar, sila klik sini

Untuk menaja Kelas Rakyat ini, sila ke TAJA KELAS RAKYAT.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *