Kelas Rakyat P.A Seri Kota,Bandar Tun Razak (19 April 2016)

Bandar Tun Razak – Kelas Rakyat Perumahan Awam Seri Kota ,Bandar Tun Razak berjalan seperti biasa bermula jam 8 malam dimulai dengan bacaan doa belajar beramai-ramai.

index

Pada hari ini kehadiran pelajar yang hadir 20/20. Seperti biasa pelajar dikehendaki membuat modul I-sina iaitu Bahasa Melayu,Matematik dan Bahasa Inggeris.

Pada malam ini Kelas Rakyat berubah dewan kerana dewan kelas yang asal sedang digunakan oleh penduduk di situ. Pada jam 9 semua murid diadakan aktiviti mengira secara spontan. Aktiviti ini sukarelawan ingin melihat tahap kepintaran pelajar dalam subjek Matematik.

Seramai lapan orang sukarelawan yang hadir pada malam ini. Mereka datang atas satu tujuan yang sama untuk melihat pelajar Kelas Rakyat berjaya dalam pendidikan mereka. Terima kasih sukarelawan.

Gambar Pelajar  Sukarelawan  :

BTR-1

BTR-2

Kelas ini diadakan pada setiap hari Isnin dan Selasa jam 8.00 malam hingga 10.00 malam. Untuk menyertai sebagai sukarelawan di Kelas Rakyat P.A Seri Kota,Bandar Tun Razak , sila klik SINI.

Untuk menaja Kelas Rakyat ini, sila ke TAJA KELAS RAKYAT.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *