Kelas Rakyat P.A Seri Kota,Bandar Tun Razak (18 April 2016)

Bandar Tun Razak – Kelas Rakyat Perumahan Awam Seri Kota ,Bandar Tun Razak berjalan seperti biasa bermula jam 8 malam dimulai dengan bacaan doa belajar beramai-ramai.index

Pada hari ini kehadiran pelajar yang hadir 20/20. Seperti biasa pelajar dikehendaki membuat modul I-sina iaitu Bahasa Melayu,Matematik dan Bahasa Inggeris.

Sukarelawan Kelas Rakyat disini bersungguh-sungguh membantu pelajar yang lemah dalam pembelajaran mereka. Sukarelawan sedaya upaya menerangkan pada pelajar sampai mereka faham.

Seramai 10 orang sukarelawan yang hadir pada malam ini. Terima kasih sukarelawan semua. Setiap kebaikan yang dilakukan seseorang pastilah kebaikan itu akan kembali kepadanya. Jika seseorang suka menolong pasti akan ditolong.

Kelas ini diadakan pada setiap hari Isnin dan Selasa jam 8.00 malam hingga 10.00 malam. Untuk menyertai sebagai sukarelawan di Kelas Rakyat P.A Seri Kota,Bandar Tun Razak , sila klik SINI.

Untuk menaja Kelas Rakyat ini, sila ke TAJA KELAS RAKYAT.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *