Kelas Rakyat P.A Seri Kota,Bandar Tun Razak (04 April 2016)

Bandar Tun Razak – Kelas Rakyat Perumahan Awam Seri Kota ,Bandar Tun Razak berjalan seperti biasa bermula jam 8 malam dimulai dengan bacaan doa belajar beramai-ramai.

DSC00137

Pada hari ini kehadiran pelajar yang hadir 20/20. Seperti biasa pelajar dikehendaki membuat modul I-sina iaitu Bahasa Melayu,Matematik dan Bahasa Inggeris.

Sukarelawan yang berada disamping selalu kaitkan pelajaran dengan kehidupan. “Kalau hendak berjaya atau hendak sesuatu yang diingini mestilah kita kena berjaya, kalau hendak menjadi seorang yang berjaya kita mestilah mempunyai ilmu yang banyak” antara kata-kata sukarelawan yang bertujuan hendak membangkitkan semangat pelajar Kelas Rakyat untuk belajar dan rajin.

Seramai 12 orang sukarelawan yang hadir pada malam ini. Terima kasih sukarelawan!

Gambar Sukarelawan :

index

Kelas ini diadakan pada setiap hari Isnin dan Selasa jam 8.00 malam hingga 10.00 malam. Untuk menyertai sebagai sukarelawan di Kelas Rakyat P.A Seri Kota,Bandar Tun Razak , sila klik SINI.

Untuk menaja Kelas Rakyat ini, sila ke TAJA KELAS RAKYAT.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *