Kelas Rakyat P.A Seri Kota,Bandar Tun Razak (05 April 2016)

Bandar Tun Razak – Kelas Rakyat Perumahan Awam Seri Kota ,Bandar Tun Razak berjalan seperti biasa bermula jam 8 malam dimulai dengan bacaan doa belajar beramai-ramai.

KR BTR-1

Pada hari ini kehadiran pelajar yang hadir 20/20. Seperti biasa pelajar dikehendaki membuat modul I-sina iaitu Bahasa Melayu,Matematik dan Bahasa Inggeris.

Pada jam 9 malam atas inisiatif sukarelawan buat satu aktiviti matematik yang mana untuk menguji ketangkasan pelajar dalam mengira. Pelajar ini bersungguh-sungguh menjawab soalan spontan dari sukarelawan.

Seramai 7 orang pelajar menerima hadiah berupa baju Kelas Rakyat kerana prestasi yang cemerlang serta kehadiran yang baik.

Seramai 13 orang sukarelawan yang hadir pada malam ini. Terima kasih atas usaha anda membantu pelajar Kelas Rakyat.

Gambar Pelajar Dan Sukarelawan :

KR BTR-2

KR BTR-3

Kelas ini diadakan pada setiap hari Isnin dan Selasa jam 8.00 malam hingga 10.00 malam. Untuk menyertai sebagai sukarelawan di Kelas Rakyat P.A Seri Kota,Bandar Tun Razak , sila klik SINI.

Untuk menaja Kelas Rakyat ini, sila ke TAJA KELAS RAKYAT.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *