Kelas Rakyat P.A Seri Kota,Bandar Tun Razak (25 April 2016)

Bandar Tun Razak – Kelas Rakyat Perumahan Awam Seri Kota ,Bandar Tun Razak berjalan seperti biasa bermula jam 8 malam dimulai dengan bacaan doa belajar beramai-ramai.

kelas rakyat btr 250416-13

Pada hari ini kehadiran pelajar yang hadir 20/20. Seperti biasa pelajar dikehendaki membuat modul I-sina iaitu Bahasa Melayu,Matematik dan Bahasa Inggeris.

Pada jam 9 malam, sukarelawan mengadakan aktiviti spell it right yang mana aktiviti ini menguji ketangkasan pelajar dalam mengeja perkataan Bahasa Inggeris.

Seramai 10 orang sukarelawa yang hadir pada malam ini. Malam ini kita menerima seorang sukarelawan baru dan dia kelihatan suka mengajar pelajar Kelas Rakyat disini.

Terima Kasih sukarelawan!

Gambar Pelajar dan Sukarelawan :

kelas rakyat btr 250416-16

kelas rakyat btr 250416-21

Kelas ini diadakan pada setiap hari Isnin dan Selasa jam 8.00 malam hingga 10.00 malam. Untuk menyertai sebagai sukarelawan di Kelas Rakyat P.A Seri Kota,Bandar Tun Razak , sila klik SINI.

Untuk menaja Kelas Rakyat ini, sila ke TAJA KELAS RAKYAT.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *