Kelas Rakyat PPR Seri Cempaka (25 Mei 2016)

Pantai Dalam- Kelas Rakyat PPR Seri Cempaka sesi sekolah menengah berjalan seperti biasa bermula jam 8 malam dimulai dengan bacaan doa belajar.

KR PPR 2

Pada malam ini seperti biasa para pelajar menyiapkan modul I-sina mereka. Minggu ini merupakan minggu terakhir Kelas Rakyat untuk sesi menengah yang kelas ini akan bercuti buat sementara waktu untuk menghadapi bulan Ramdhan yang hampir tiba tak lama lagi. Kelas akan bersambung semula selepasa Hari Raya Aidilfitri.

Pada malam ini Koordinator Kelas Rakyat disini menerangkan kepada pelajar berkaitan sistem kad rekod pelajar, reward sistem dan sebagainya.

Pelajar kelihatan makin teruja dan bersemangat dengan reward sistem yang diperkenalkan. Sukarelawan memainkan peranan dalam mengisi laporan kad rekod pelajar. Empat orang pelajar telah beranjak ke modul yang baru.

Seramai lima orang sukarelawan yang datang Kelas Rakyat malam ini. Terima kasih sukarelawan !!

Gambar Sukarelawan :

KR PPR 1

Kelas ini diadakan pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 8.00 malamĀ  hingga 10.00 malam. Untuk menyertai sebagai sukarelawan di Kelas Rakyat PPR Seri Cempaka, sila klik SINI.

Untuk menaja Kelas Rakyat ini, sila ke TAJA KELAS RAKYAT.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *