Kelas Rakyat PPR Seri Cempaka (23 Mei 2016)

Pantai Dalam- Kelas Rakyat PPR Seri Cempaka sesi sekolah rendah berjalan seperti biasa bermula jam 8 malam dimulai dengan bacaan doa belajar. Seramai 15 orang pelajar yang datang ke kelas pada malam ini.

ppr-2

Pada malam ini seperti biasa para pelajar menyiapkan modul I-sina mereka.Seramai 15 orang pelajar jom baca pula dilatih cara menyebut huruf abjad dengan betul menggunakan kaedah I-sina yang dipantau oleh sukarelawan Sarah, Mad dan Sharifah.

Pada malam ini Koordinator Kelas Rakyat disini menerangkan kepada pelajar berkaitan sistem kad rekod pelajar, reward sistem dan sebagainya.

Pelajar kelihatan makin teruja dan bersemangat dengan reward sistem yang diperkenalkan. Sukarelawan memainkan peranan dalam mengisi laporan kad rekod pelajar. Empat orang pelajar telah beranjak ke modul yang baru.

Seramai 11 orang sukarelawan yang hadir Kelas Rakyat malam ini. Terima kasih sukarelawan.

Gambar Pelajar Dan Sukarelawan:

ppr-1

Kelas ini diadakan pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 8.00 malam  hingga 10.00 malam. Untuk menyertai sebagai sukarelawan di Kelas Rakyat PPR Seri Cempaka, sila klik SINI.

Untuk menaja Kelas Rakyat ini, sila ke TAJA KELAS RAKYAT.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *