Kelas Rakyat PPR Seri Cempaka (11 April 2016)

Pantai Dalam- Kelas Rakyat PPR Seri Cempaka sesi sekolah rendah berjalan seperti biasa bermula jam 8 malam dimulai dengan bacaan doa belajar. Seramai 15 orang pelajar yang datang ke kelas pada malam ini.

PPR CEMPAKA 110416-3

Pada malam ini seperti biasa para pelajar menyiapkan modul I-sina mereka. Seramai 15 orang pelajar jom baca pula dilatih cara menyebut huruf abjad dengan betul menggunakan kaedah I-sina yang dipantau oleh sukarelawan Sarah, Mad dan Sharifah.

Malam ini pelajar Kelas Rakyat hanya membuat modul I-sina pada satu jam yang pertama saja kerana sebahagian pelajar pulang awal kerana keesokanya mereka menghadapi peperiksaan di sekolah mereka.

Seramai sepuluh orang sukarelawan yang hadir pada malam ini. Terima kasih sukarelawan.

Gambar Pelajar Dan Sukarelawan:

PPR CEMPAKA 110416-1

PPR CEMPAKA 110416-4

PPR CEMPAKA 110416-2

Kelas ini diadakan pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 8.00 malam  hingga 10.00 malam. Untuk menyertai sebagai sukarelawan di Kelas Rakyat PPR Seri Cempaka, sila klik SINI.

Untuk menaja Kelas Rakyat ini, sila ke TAJA KELAS RAKYAT.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *