Kelas Rakyat PPR Seri Cempaka (04 Mei 2016)

Pantai Dalam- Kelas Rakyat PPR Seri Cempaka sesi sekolah menengah berjalan seperti biasa bermula jam 8 malam dimulai dengan bacaan doa belajar. Seramai 15 orang pelajar yang datang ke kelas pada malam ini.

KR PPR 2

Pada malam ini seperti biasa para pelajar menyiapkan modul I-sina mereka. Pelajar Kelas Rakyat semakin hari menunjukkan peningkatan dalam membuat modul I-sina.

Seramai tujuh orang sukarelawan yang hadir pada malam ini, majoriti sukarelawan yang datang adalah dari penuntut di Universiti Malaya. Terima kasih sukarelawan.

Gambar Sukarelawan :

KR PPR 3

Kelas ini diadakan pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 8.00 malam  hingga 10.00 malam. Untuk menyertai sebagai sukarelawan di Kelas Rakyat PPR Seri Cempaka, sila klik SINI.

Untuk menaja Kelas Rakyat ini, sila ke TAJA KELAS RAKYAT.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *