Kelas Rakyat PPR Seri Cempaka (04 April 2016)

Pantai Dalam- Kelas Rakyat PPR Seri Cempaka sesi sekolah rendah berjalan seperti biasa bermula jam 8 malam dimulai dengan bacaan doa belajar. Seramai 15 orang pelajar yang datang ke kelas pada malam ini.

ppr cempaka 040416-3

Pada malam ini seperti biasa para pelajar menyiapkan modul I-sina mereka. Seramai 15 orang pelajar jom baca pula dilatih cara menyebut huruf abjad dengan betul menggunakan kaedah I-sina yang dipantau oleh sukarelawan Sarah, Mad dan Sharifah.

Sukarelawan sangat memainkan peranan penting dalam Kelas Rakyat bagi memastikan pelajar mampu untuk membuat latihan modul I-sina dengan betul dan kemas. Pelajar yang datang Kelas Rakyat disini sangat aktif dalam belajar contohnya tidak malu untuk bertanya kepada sukarelawan soalan yang mereka tak tahu dan memperbaiki tulisan mereka kepada lebih kemas.

Seramai 14 orang sukarelawan yang hadir pada malam ini. Ada sukarelawan yang balik dari tempat kerja terus ke Kelas Rakyat. Terima kasih sukarelawan yang hebat!

Gambar Pelajar Dan Sukarelawan:

ppr cempaka 040416-1

ppr cempaka 040416-2

ppr cempaka 040416-5

ppr cempaka 040416-6

Kelas ini diadakan pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 8.00 malam  hingga 10.00 malam. Untuk menyertai sebagai sukarelawan di Kelas Rakyat PPR Seri Cempaka, sila klik SINI.

Untuk menaja Kelas Rakyat ini, sila ke TAJA KELAS RAKYAT.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *