Kelas Rakyat P.A Seri Kota,Bandar Tun Razak (17 Mei 2016)

Bandar Tun Razak – Kelas Rakyat Perumahan Awam Seri Kota ,Bandar Tun Razak berjalan seperti biasa bermula jam 8 malam dimulai dengan bacaan doa belajar beramai-ramai.

kr btr 3

Pada hari ini kehadiran pelajar yang hadir 20/20. Seperti biasa pelajar dikehendaki membuat modul I-sina iaitu Bahasa Melayu,Matematik dan Bahasa Inggeris. Terdapat pelajar yang naik modul subjek Bahasa Melayu. Semakin hari pelajar telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam akademik mereka.

Berkata koordinator Kelas Rakyat Amir, pada minggu ini pelajar yang bernama Amir Najmi telah meningkat kepada modul Bahasa Melayu 4. Dari segi tingkah laku pelajar, keadaan kelas sangat terkawal kerana pelajar tidak bising dan mendengar cakap sukarelawan.

Seramai 11 orang sukarelawan yang hadir pada malam ini. Terima kasih sukarelawan!

Gambar Sukarealawan Dan Pelajar :

kr btr 4

kr btr 2

Kelas ini diadakan pada setiap hari Isnin dan Selasa jam 8.00 malam hingga 10.00 malam. Untuk menyertai sebagai sukarelawan di Kelas Rakyat P.A Seri Kota,Bandar Tun Razak , sila klik SINI.

Untuk menaja Kelas Rakyat ini, sila ke TAJA KELAS RAKYAT.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *