Kelas Rakyat PPR Seri Cempaka (10 Mei 2016)

Pantai Dalam- Kelas Rakyat PPR Seri Cempaka sesi sekolah rendah berjalan seperti biasa bermula jam 8 malam dimulai dengan bacaan doa belajar. Seramai 15 orang pelajar yang datang ke kelas pada malam ini.

PPR CEMPAKA 1

Pada malam ini seperti biasa para pelajar menyiapkan modul I-sina mereka. Seramai 15 orang pelajar jom baca pula dilatih cara menyebut huruf abjad dengan betul menggunakan kaedah I-sina yang dipantau oleh sukarelawan Sarah, Mad dan Sharifah.

Pada malam ini Kelas Rakyat hanya dijalankan selama satu jam yang pertama kerana pada 1 jam yang berikutnya diadakan aktiviti Word Search. Aktiviti ini bertujuan untuk menajamkan minda pelajar untuk mencari kalimah Bahasa Inggeris disamping menguji ketangkasan pelajar dalam mencari perkatan tersebut.

Setiap kalimah yang tersembunyi dalam aktiviti Word search diambil dari modul I-sina Bahasa Inggeris yang mereka buat setakat ini.

Seramai 13 orang sukarelawan yang hadir pada malam ini. Terima kasih atas semangat anda semua!

Gambar Pelajar Dan Sukarelawan:

PPR CEMPAKA 2

PPR 3

Kelas ini diadakan pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 8.00 malam  hingga 10.00 malam. Untuk menyertai sebagai sukarelawan di Kelas Rakyat PPR Seri Cempaka, sila klik SINI.

Untuk menaja Kelas Rakyat ini, sila ke TAJA KELAS RAKYAT.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *