Kelas Rakyat PPR Seri Cempaka (09 Mei 2016)

Pantai Dalam- Kelas Rakyat PPR Seri Cempaka sesi sekolah rendah berjalan seperti biasa bermula jam 8 malam dimulai dengan bacaan doa belajar. Seramai 15 orang pelajar yang datang ke kelas pada malam ini.

PPR 1

Pada malam ini seperti biasa para pelajar menyiapkan modul I-sina mereka. Seramai 15 orang pelajar jom baca pula dilatih cara menyebut huruf abjad dengan betul menggunakan kaedah I-sina yang dipantau oleh sukarelawan Sarah, Mad dan Sharifah.

Selain itu aktiviti Spelling Bee berjalan seperti biasa. Aktiviti ini perlu dibuat supaya boleh menambah kalimah english dalam ingatan pelajar ini

Disamping pelajar membuat modul I-sina , sukarelawan Sarah Zahari akan memanggil seorang pelajar untuk aktiviti ini diikuti pelajar yang lain.

Seramai 12 orang sukarelawan yang hadir ke Kelas Rakyat. empat orang sukarelawan yang datang pada malam ini merupakan pelajar latihan industri. mereka semua merupakan pelajar tahun akhir dari UITM Shah Alam.

Gambar Pelajar Dan Sukarelawan:

PPR 2

PPR 3

Kelas ini diadakan pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 8.00 malam  hingga 10.00 malam. Untuk menyertai sebagai sukarelawan di Kelas Rakyat PPR Seri Cempaka, sila klik SINI.

Untuk menaja Kelas Rakyat ini, sila ke TAJA KELAS RAKYAT.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *