Kelas Rakyat Nilai (15 Mei 2016)

NILAI- pada 15 Mei 2016 hari ahad Kelas Rakyat Nilai berjalan mengikut jadualnya.

KR 1

Kelas Rakyat Nilai bermula jam 9 pagi dimulai dengan solat sunat dhuha, berdoa kepada Allah agar dipermudahkan dalam menuntut ilmu dan rezeki yang melimpah.

Selepas solat pelajar dibahagikan kepada sukarelawan yang hadir untuk membuat modul I-sina. Sukarelawan sangat mesra dan bersungguh-sungguh mengajar pelajar Kelas Rakyat seperti mengajar adik kandung sendiri.

Pada minggu ini Kelas Rakyat Nilai menerima kehadiran sukarelawan yang ramai. Seramai 18 orang sukarelawan yang hadir membantu para pelajar. Majoriti sukarelawan di Kelas Rakyat ini adalah penuntut di Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta.

Terima kasih sukarelawan yang hadir pada minggu ini.

Gambar Sukarelawan dan Pelajar :

KR NILAI 3

KR NILAI 2

Kelas ini diadakan pada setiap hari ahad bermula jam 9.00pagi hingga 12.00 tengahari . Untuk menyertai sebagai sukarelawan di Kelas Rakyat Nilai, sila klikĀ siniĀ .

Untuk menaja Kelas Rakyat ini, sila ke TAJA KELAS RAKYAT.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *