Kelas Rakyat Nilai (1 Mei 2016)

Nilai-Pada minggu ini Kelas Rakyat Nilai berjalan seperti biasa bermula jam 9 pagi. Kelas bermula dengan solat sunat dhuha beramai-ramai.

KR NILAI-1

Pada minggu ini kehadiran para pelajar dan sukarelawan agak berkurang berbanding minggu sebelumnya. Hal ini disebabkan cuti hari buruh dan ramai yang pulang ke kampung halaman masing-masing untuk bercuti.

Seramai lima orang pelajar yang hadir kelas rakyat manakala 10 orang sukarelawan yang hadir membantu pelajar membuat modul I-sina.

Terima kasih sukarelawan yang hadir pada minggu ini.

 

KR NILAI-2
Sukarelawan yang hadir pada minggu ini.

 

Kelas ini diadakan pada setiap hari ahad bermula jam 9.00pagi hingga 12.00 tengahari. Untuk menyertai sebagai sukarelawan di Kelas Rakyat Nilai, sila klikĀ siniĀ .

Untuk menaja Kelas Rakyat ini, sila ke TAJA KELAS RAKYAT.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *