Kelas Rakyat PPR Seri Cempaka (16 Mei 2016)

Lembah Pantai- Kelas Rakyat Kelas Rakyat PPR Seri Cempaka berjalan seperti biasa bermula jam 8 malam dimulai dengan bacaan doa belajar beramai-ramai .

KR CEMPAKA -1

Seramai 20 orang pelajar sesi sekolah rendah dan 15 orang pelajar kelas jom baca yang datang ke kelas pada malam ini. Seperti biasa pelajar dikehendaki membuat modul I-sina, dan ada pelajar yang menunjukkan prestasi yang baik yang mana antara mereka telah anjak modul mereka.

Sebelum Kelas Rakyat selesai, pelajar dihidangkan roti dan kuih muih yang di bawa oleh sukarelawan Azim. Seronok pelajar dengan makanan yang diberi oleh sukarelawan.

Seramai sembilan orang sukarelawan yang hadir Kelas Rakyat pada malam ini. Mereka terdiri daripada golongan pekerja profesional dan pelajar Institut Pengajian Tinggi.

Terima kasih sukarelawan yang hadir pada malam ini.

 

Gambar sepanjang kelas berlangsung :

KR CEMPAKA -7
pelajar jom baca

KR CEMPAKA -2

KR CEMPAKA -3

KR CEMPAKA -4
sukarelawan yang hadir Kelas Rakyat hari ini.

KR CEMPAKA -5

Kelas ini diadakan pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 8.00 malam  hingga 10.00 malam. Untuk menyertai sebagai sukarelawan di Kelas Rakyat PPR Seri Cempaka, sila klik SINI.

Untuk menaja Kelas Rakyat ini, sila ke TAJA KELAS RAKYAT.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *