Kelas Rakyat PPR Seri Cempaka (12 Mei 2016)

Pantai Dalam- Kelas Rakyat PPR Seri Cempaka sesi menengah berjalan seperti biasa bermula jam 8 malam dimulai dengan bacaan doa belajar. Seramai 15 orang pelajar yang datang ke kelas pada malam ini.

01

Pada minggu ini semester baru bagi Kelas Rakyat, kad rekod pelajar telah diperkenalkan. Tujuan kad rekod pelajar itu adalah untuk melihat tahap prestasi para pelajar dalam membuat modul I-sina di samping menjaga sahsiah dan tingkah laku masing.

Pada malam ini hanya empat orang sukarelawan yang hadir ke Kelas Rakyat. Walaupun banyak tugasan ditempat kerja dan lambakan assignment daripada pensyarah, sukarelawan ini gigih ke Kelas Rakyat untuk membantu pelajar menyiapkan modul mereka.

Terima kasih atas kesungguhan sukarelawan yang hadir!

Gambar Pelajar Dan Sukarelawan :

02

03

Kelas ini diadakan pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 8.00 malamĀ  hingga 10.00 malam. Untuk menyertai sebagai sukarelawan di Kelas Rakyat PPR Seri Cempaka, sila klik SINI.

Untuk menaja Kelas Rakyat ini, sila ke TAJA KELAS RAKYAT.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *