Kelas Rakyat Parit Buntar (16 Mei 2016)

Kelas Rakyat Parit Buntar berjalan seperti biasa bermula jam 8 malam. Seramai 20 orang pelajar yang hadir ke kelas pada malam ini.

kelas rakyat parit buntar 4Pada minggu ini pelajar ini telah diberikan kad rekod pelajar telah diperkenalkan oleh Tim Projek Iqra’. Tujuan kad rekod pelajar itu adalah untuk melihat tahap prestasi para pelajar dalam membuat modul I-sina dan merekod tingkah laku mereka sepanjang kelas berlangsung.

Pada jam 9 malam para pelajar dan sukarelawan bersama-sama solat isyak berjemaah yang diimamkan oleh sukarelawan disitu. Ini merupakan salah satu cara menggalakkan pelajar untuk solat berjemaah.

Sukarelawan terdiri daripada pelajar tahun akhir dari Universiti Sains Malaysia (USM). Mereka meluangkan masa pada isnin dan selasa malam dengan bersukarelawan di Kelas Rakyat Parit Buntar.

Gambar sepanjang kelas berlangsung :

kelas rakyat parit buntar 3

kelas rakyat parit buntar 2

Kelas ini diadakan pada setiap hari isnin dan selasa bermula jam 8 malam hingga 10 malam. Untuk menyertai sebagai sukarelawan di Kelas Rakyat Parit Buntar, sila klik sini

Untuk menaja Kelas Rakyat ini, sila ke TAJA KELAS RAKYAT.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *