Kelas Rakyat PA Seri Kota,Bandar Tun Razak (16 Mei 2016)

Bandar Tun Razak – Kelas Rakyat Perumahan Awam Seri Kota,Bandar Tun Razak berjalan seperti biasa bermula jam 8 malam dimulai dengan bacaan doa belajar. Seramai 20 orang pelajar yang datang ke kelas pada malam ini.

KR BTR 160516-1

Seperti biasa pelajar dikehendaki membuat modul I-sina iaitu Bahasa Melayu,Matematik dan Bahasa Inggeris. Semakin hari kelihatan pelajar telah menunjukkan perubahan yang positif dalam pembelajaran mahupun sahsiah mereka. Antara perubahan positif yang dimaksudkan adalah pelajar tidak terlalu bising sewaktu Kelas Rakyat berlangsung dan ada pelajar yang telah beralih kepada modul yang baru.

Seramai sembilan orang sukarelawan yang hadir ke Kelas Rakyat pada malam ini. Sukarelawan ini mempunyai semangat yang bersungguh-sungguh membantu pelajar yang Kelas ini kerana ada diantara mereka habis kerja terus ke Kelas Rakyat untuk mengajar pelajar ini.

Terima kasih atas kesungguhan anda semua sukarelawan!

Gambar sewaktu kelas berlangsung :

KR BTR 160516-2

KR BTR 160516-4

KR BTR 160516-3

Kelas ini diadakan pada setiap hari Isnin dan Selasa jam 8.00PM hingga 10.00PM. Untuk menyertai sebagai sukarelawan di Kelas Rakyat P.A Seri Kota,Bandar Tun Razak , sila klik SINI.

Untuk menaja Kelas Rakyat ini, sila ke TAJA KELAS RAKYAT.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *