Program Smart Solat 1.0 – Bandar Tun Razak (7 Mei 2016)

Bandar Tun Razak – Program Smart Solat 1.0 diteruskan ke lokasi kedua iaitu di Kelas Rakyat Perumahan Awam Seri Kota,Bandar Tun Razak,Kuala Lumpur pada 7 Mei 2016 (sabtu) yang lalu. Program Ini dijalankan di Surau As-Syakirin,Bandar Tun Razak.

Smart Solat BTR 070516-12Program ini merupakan kesinambungan program Kelas Rakyat yang diadakan pada setiap hari isnin dan selasa di dewan serbaguna kawasan tersebut.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk pelajar mempelajari dan mempraktikkan kaedah berwuduk dengan sempurna. Selain itu, pelajar juga dapat mempelajari dan mempraktikkan kaedah menunaikan solat fardhu secara individu dan berjemaah dengan baik.

Seramai 25 orang pelajar telah terlibat menyertai program ini yang mana semuanya merupakan pelajar Kelas Rakyat kawasan disitu. Program ini juga dibuka kepada pelajar KAFA sekolah yang berhampiran dengan kawasan tersebut.

Dalam pada itu,Seramai 17 orang suarelawan telah hadir menyertai program ini. Mereka bukan sahaja datang membantu adik-adik dalam program ini,malah mereka dapat memperoleh ilmu baru dalam wuduk dan solat.

Terima kasih kepada :-

1) Para Penaja Program Kelas Rakyat yang menaja Program Smart Solat 1.0.

2) Pengurusan P.A Seri Kota,Bandar Tun Razak

3) Fasilitator Kem Smart Solat 1.0

4) Sukarelawan & Pelajar Kelas Rakyat Yang menjayakan program ini, semoga ianya bermanfaat untuk diamalkan dan disebarkan.

 

Gambar- gambar sepanjang program berlangsung :

Smart Solat BTR 070516-1

Smart Solat BTR 070516-2

Smart Solat BTR 070516-5

Smart Solat BTR 070516-7

Smart Solat BTR 070516-8

Smart Solat BTR 070516-9

Smart Solat BTR 070516-10

Smart Solat BTR 070516-11

Smart Solat BTR 070516-13

Smart Solat BTR 070516-15

Smart Solat BTR 070516-3

Smart Solat BTR 070516-4

Smart Solat BTR 070516-16

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *