Program ‘Smart Solat 1.0’ – PPR Seri Cempaka ,Kuala Lumpur.

Pantai Dalam – pada 9 & 10 April telah berlangsung program ‘Smart Solat 1.0’ anjuran Persatuan Kebajikan Projek Iqra’ Semalaysia atau lebih dikenali sebagai Projek Iqra’.

smart solat ppr cempaka-1

Program ini merupakan program yang julung kali diadakan oleh Projek Iqra’ yang mana PPR Seri Cempaka sebagai lokasi pertama untuk program ini. Program ini juga akan dijalankan disetiap lokasi Kelas Rakyat  iaitu di Nilai, Bandar Tun Razak dan Parit Buntar.

Program ini merupakan salah satu inisiatif team Projek Iqra’ bagi membantu dan memberi kefahaman kepada pelajar kelas rakyat yang terdiri daripada anak-anak PPR Seri Cempaka, Lembah Pantai mengenai kepentingan dan kewajiban menunaikan solat.

Antara objektif utama program ini dilaksanakan adalah :

  1. Mengetahui kepentingan solat
  1. Mengetahui cara berwudhuk dengan sempurna
  1. Mengetahui bilangan rakaat solat-solat fardhu
  1. Melaksanakan semua perbuatan di dalam solat dengan betul
  1. Menguasai bacaan dan perbuatan serta mengaplikasikannya dengan baik dan lancar.

Seramai 40 orang pelajar yang menyertai program ini dan semuanya merupakan pelajar Kelas Rakyat. Program ini dibahagikan kepada dua bahagian  yang mana pada hari sabtu untuk pelajar lelaki manakala pada hari ahad untuk pelajar perempuan pula.

Disamping itu, seramai 5 orang fasilitator yang terdiri daripada mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan 14 orang sukarelawan telah terlibat dalam menjayakan program ini.

Semoga melalui program ini para pelajar dan sukarelawan dapat memahami kepentingan solat dan dapat membuat ibadah dengan betul mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dalam islam.

Terima kasih kepada :-

1) Para Penaja Program #kelasrakyat yang menaja kem smart solat.

2) Pengurusan PPR Sri Cempaka, Lembah Pantai,

3) Fasilitator Kem Smart Solat 1.0

4) Sukarelawan & Pelajar #kelasrakyat Yang menjayakan program ini, semoga ianya bermanfaat untuk diamalkan dan disebarkan.

Gambar sekitar program ‘Smart Solat 1.0’ (Lelaki)

smart solat ppr cempaka-2
Ketua fasilitator saudara Faiz sedang beri penerangan berkaitan cara wuduk yang betul.

 

smart solat ppr cempaka-7

 

smart solat ppr cempaka-8

smart solat ppr cempaka-9
Para pelajar sedang membuat praktikal solat
smart solat ppr cempaka-10
Gambar beramai-ramai bersama presiden Projek Iqra dan sukarelawan.
smart solat ppr cempaka-11
Dari kiri : Azim, Hamimuddin, Faiz, Maman solleh, Zafirah, Hanisah dan Mudrikah

 

Gambar sekitar program ‘Smart Solat 1.0’ (perempuan) :

smart solat ppr cempaka-13

smart solat ppr cempaka-14
Ketua fasi sedang memberikan penerangan berkaitan wudu’ dengan betul.
smart solat ppr cempaka-15
Fasi sedang memdengar bacaan-bacaan dari para pelajar

smart solat ppr cempaka-16

smart solat ppr cempaka-17

smart solat ppr cempaka-18

smart solat ppr cempaka-19

smart solat ppr cempaka-20
Aktiviti sampingan untuk mengelakkan para pelajar cepat bosan.

smart solat ppr cempaka-21

smart solat ppr cempaka-22

smart solat ppr cempaka-23
Gambar bersama para pelajar,fasilitator dan sukarealwan yang hadir membantu.
smart solat ppr cempaka-24
Barisan sukarelawan dan fasilitator yang membantu program ‘Smart Solat 1.0

 

Video berkaitan program ‘Smart Solat 1.0’

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *