Bina Kelas Rakyat Nilai

Bina Kelas Rakyat Nilai

Kempen Bina Kelas Rakyat Nilai dilancarkan sempena pembinaan pusat baharu Projek Iqra’.

Adik-adik yang mengikuti Kelas Rakyat di Nilai, Negeri Sembilan (juga dikenali sebagai Kelas Laskar Pelangi Semarak- LPS) bakal mendapat tempat belajar yang lebih selesa apabila Projek Iqra’ telah bersetuju untuk menyewa satu premis terbiar untuk diubahsuai menjadi kelas.

Premis ini bakal menjadi lokasi baru Kelas Rakyat di Nilai menggantikan lokasi asal di Masjid Al Azim. Dengan perpindahan lokasi ini murid Kelas Rakyat akan dapat belajar ditempat yang lebih kondusif dan tertutup. Ini adalah antara usaha menambah baik kualiti program Kelas Rakyat yang sudah dijalankan selama setahun.

Sehubungan dengan itu, satu Kempen Bina Kelas Rakyat Nilai dilancarkan untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk turut serta membina secara langsung sebagai penaja bahan-bahan yang diperlukan untuk proses ubahsuai dan peralatan belajar.

Orang ramai boleh yang mahu menaja boleh melakukan proses pembelian secara atas talian di url shop.projekiqra.com dengan memilih barang yang mempunyai logo Bina Kelas Rakyat Nilai. Proses pembelian adalah sama seperti anda membeli barangan lain, yang membezakannya adalah anda membeli bahan-bahan yang digunakan untuk membina pusat Kelas Rakyat tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *