Kelas Rakyat Seri Kota

Kelas Rakyat Seri Kota

Lagi pembukaan lokasi baharu Kelas Rakyat.

Kelas Rakyat Perumahan Awam Seri Kota, Bandar Tun Razak menjadi lokasi terbaharu Kelas Rakyat yang memulakan kelas pada Februari 2016.

Sessi pemilihan telah dijalankan sebelum seramai 30 orang murid dipilih menjadi kumpulan pertama yang bakal menjalani program ini selama tiga bulan.

Sambutan yang diterima begitu menggalakkan. Program ini mendapat kerjasama yang baik daripada persatuan penduduk yang telah membantu berkenaan promosi dan juga lokasi kelas. Walaupun lokasi baharu, sambutan daripada sukarelawan adalah diluar jangkaan.

Dengan pembukaan kelas ini menjadikan seramai 240 orang murid telah menerima manfaat secara langsung daripada program ini. Program ini adalah tajaan orang ramai melalui Kempen Taja Kelas Rakyat 2016.

Anda dipelawa menjadi salah seorang penaja dengan klik link berikut;

Baca maklumat lanjut Kelas Rakyat PA Seri Kota disini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *